Friday, October 30, 2015

48 juta unit iPhone sudah terjual dalam masa tiga bulan sahaja


Apple telah mengumumkan keputusan pendapatan bagi suku keempat tahun 2015. Syarikat gergasi Cupertino ini telah mencapai keuntungan bersih $11.1 bilion bagi suku ke-4 dengan pendapatan kasar adalah $51.1 bilion. 

Jumlah pendapatan dan keuntungan bersih yang dicapai pada suku ke-4 ini adalah lebih berbanding suku ke-4 tahun lalu dimana Apple mencapai untung kasar $42.2 bilion manakala keuntungan bersih adalah $8.5 bilion

Pada suku ini, Apple telah berjaya menjual 48 juta unit iPhone manakala jumlah penjualan iPad berada pada kadar 9.8 juta unit. 

Dalam pada itu, penjualan komputer peribadi Mac telah meningkat kepada 5.7 juta unit.

Apple juga yakin bahawa pada suku pertama tahun fiskal 2016, syarikat ini mampu mencapai keuntungan pada kadar $75.5 bilion sehingga $77.5 bilion .

Ini kerana pada suku ini akan menjadi satu suku penuh dimana model terbaru telefon pintar mereka iaitu iPhone 6s dan iPhone 6s Plus dijual dan tidak lupa juga musim percutian yang bakal menjelang tiba.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates