Friday, October 30, 2015

Sony Xperia Z5 Dual dan Sony Xperia Z5 Compact telah dilancarkan di Malaysia

Sony telah melancarkan dua lagi versi telefon pintar didalam siri Z5 ini iaitu Z5 Compact dan Z5 Premium.

Sony Xperia Z5 Compact adalah versi ‘mini’ telefon pintar Xperia Z5 namun hadir dengan spesifikasi yang lebih kurang sama.

Xperia Z5 Compact hadir dengan skrin paparan 720p berukuran 4.6-inci, pemproses Snapdragon 820, 2GB RAM,32GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 2,700mAh.

Xperia Z5 Compact juga hadir dengan sokongan LTE Cat.6, Android 5.1 Lollipop, slot microSD dan mempunyai ukuran dimensi 127mm x 65mm x 8.9mm dengan berat 138gram.


Beralih kepada Xperia Z5, model ini hadir dengan skrin paparan 1080 berukuran 5.2-inci(428ppi), pemproses Snapdragon 810, 3GB RAM, bateri berkapasiti 2,700 mAh dan 32GB memori simpanan dalaman.

Seperti Z5 Compact, model ini turut hadir sokongan 4G LTE cat.6, Android 5.1 Lollipop, slot microSD dan mempunyai ukuran dimensi 146mm x 72 mm x 7.3mm dengan berat 156.5 gram.

Selain itu, dari segi kamera, Xperia Z5 Compact dan Z5 ini hadir dengan kamera 23MP Sony Exmor RS dengan aperture f/2.0 yang sama seperti pada Xperia Z5 Premium.

Dari segi kamera hadapan pula ianya hadir dengan kamera 5MP Exmor R dengan lensa lebar 25mm dan mempunyai kebolehan untuk merakam video 1080p.


Sony Xperia Z5 Compact ini hadir dengan sokongan satu SIM dan mempunyai harga penjualan RM 2,299 termasuk GST. Warna yang ditawarkan bagi Z5 Compact adalah hitam, putih, kuning dan ‘coral’

Sony Xperia Z5 Dual pula hadir dengan sokongan dwi-SIM dengan harga penjualan RM 2,699 dan ditawarkan didalam warna hitam, putih, emas dan hijau.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates