Friday, October 30, 2015

Xiaomi Redmi Note 2 akan tiba di Malaysia awal November 2015


Xiaomi dilihat akan mula menawarkan telefon pintar kelas pertengahan mereka iaitu Redmi Note 2 ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

Xiaomi telah menghantar jemputan rasmi ke majlis pelancaran yang akan diadakan pada 3 November ini dan ianya dijangka akan turut dihadiri oleh naib presiden global Xiaomi iaitu Hugo Barra.

Walaupun tidak mendedahkan secara spesifiknya bahawa Redmi Note 2 adalah model yang akan dilancarkan, 

Xiaomi mengesahkan bahawa model yang akan dilancarkan ini akan memasuki 4 negara iaitu Malaysia, Taiwan, Singapura dan Hong Kong.

Xiaomi Redmi Note 2 yang popular dipasaran China hadir dengan spesifikasi yang memberangsangkan namun pada harga penjualan yang berpatutan.


Dari segi spesifikasi, Xiaomi Redmi Note 2 hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci, pemproses MediaTek Helio X10, 2GB RAM dan dua pilihan memori simpanan dalaman iaitu 16GB dan 32GB ( pasaran Malaysia dijangka akan menerima versi 16GB).

Dari segi kamera pula, Redmi Note 2 hadir dengan kamera belakang 13MP f/2.2 yang turut mempunyai pemfokusan PDAF dan tidak lupa kamera selfie 5MP.

Spesifikasi lain yang dimiliki oleh model telefon pintar ini adalah bateri berkapasiti 3,060 mAh ( dengan pengecasan pantas), sokongan dwi SIM, 4G LTE dan WiFi yang lebih pantas.

Xiaomi Redmi Note 2 akan hadir dengan MIUI 7 yang berasaskan sistem operasi Android 5.0 Lollipop dan ianya dijangka akan mempunyai harga penjualan kurang daripada RM700.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates