Thursday, January 5, 2017

Samsung Galaxy S8 dikhabarkan akan menggunakan 8 GB RAM



Samsung Galaxy S8 yang akan hadir sebagai antara peranti terpenting pernah dikeluarkan syarikat ini kini dilaporkan akan hadir dengan 8GB RAM iaitu 2GB RAM lebih besar berbanding laporan sebelum ini.

Dakwaan ini telah dikeluarkan oleh seorang pemberi maklumat yang terkenal didalam memberi maklumat mengenai peranti Samsung yang bakal dikeluarkan.

Selain itu, khabar angin juga mengatakan bahawa Galaxy S8 ini akan menggunakan cip pemprosesan dalaman Exynos yang dikeluarkan melalui proses pembuatan cip 10nm dan tidak lupa juga pengunaan memori UFS 2.1.

Samsung Galaxy S8 ini dikatakan akan hadir didalam dua versi iaitu S8 dan S8 Plus dengan saiz skrin paparan 5-inci dan 6-inci.

Pelancaran rasmi Samsung Galaxy S8 ini dikatakan akan diadakan pada bulan April 2017.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates