Thursday, January 5, 2017

Model Huawei Mate 9 dijual dalam pilihan warna hitam ‘Obsidian’


Huawei Mate 9 yang dilancarkan bersama-sama Huawei Mate 9 Porsche Design kini telah ditawarkan didalam satu warna baru yang dikenali sebagai obsidian black yang dilihat sama seperti warna hitam ‘matte’ yang ditawarkan oleh Apple pada iPhone 7.

Selain warna, Huawei Mate 9 ini akan mempunyai spesifikasi dalaman dan harga penjualan yang sama manakala penjualan telah bermula di China pada 25 Disember 2016 lalu.



Buat masa ini warna hitam ‘obsidian’ ini hanya ditawarkan pada model Mate 9 namun ianya mungkin akan turut ditawarkan pada Mate 9 Pro tidak lama lagi.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates