Lenovo perkenalkan ThinkPad P40 Yoga dan ThinkStation P410 untuk pasaran Malaysia
Lenovo Malaysia telah memperkenalkan dua produk dibawah keluarga ThinkPad, iaitu Lenovo ThinkPad P40 Yoga Mobile WorkStation dan juga Lenovo ThinkStation P410 WorkStation.
Menjadi fokus utama pengenalan adalah komputer riba ThinkPad P40 Yoga Mobile Workstation, yang hadir dengan cip pemprosesan Intel Core i7 (generasi ke-6), grafik NVIDIA Quadro Maxwell M500M, memori sehingga 16GB RAM, serta skrin sentuh 14 inci yang menyokong input menggunakan Wacom Active ES.
Dengan penawaran seumpamanya, Lenovo dilihat memfokuskan komputer riba ini kepada mereka yang terlibat dalam industri kreatif untuk memudahkan mereka melakar di mana-mana.
Selain menyelesaikan tugasan dengan mudah. Lenovo turut menekankan yang mana ThinkPad P40 Yoga dilengkapi dengan pensijilan daripada sejumlah perisian, termasuk Autodesk CAD dan CAE.
Dengan penggunaan nama “Yoga”, komputer riba ini turut menyertakan kebolehan untuk menggunakannya dalam beberapa mod, termasuk sebagai sebuah tablet.
Harga Lenovo ThinkPad P40 Yoga ialah RM5,999,
Lenovo ThinkStation P410 Workstation pula adalah komputer desktop yang hadir dengan cip Intel Xeon E5-1600, sokongan memori sehingga 128 GB RAM, serta penawaran spesifikasi baik yang lain dan sesuai untuk mereka yang inginkan komputer berkuasa.
Harga Lenovo ThinkStation P410 ialah RM4,999 di Malaysia.
Kedua-duanya sudah boleh didapati di pasaran tempatan.

0 comments:
Post a Comment