Wednesday, October 5, 2016

Pixel diperkenalkan oleh Google

0

Google Pixel hadir dengan antaramuka khusus daripada Google, dimana ia membawakan ikon berbentuk bulat, selain tiada ikon untuk talam aplikasi. 

Sebaliknya, ia berfungsi dengan pengguna menatal ia dari bawah ke atas untuk mengakses talam aplikasi.

Google turut menekankan Pixel adalah telefon pintar pertama yang hadir dengan integrasi Google Assistant. 

4

Ini membolehkan anda membuat carian Google atau sebarang pertanyaan dari mana-mana skrin. 

Now On Tap juga kini dilihat telah dijenamakan kepada Google Assistant.

Disamping integrasi pembantu maya pintar, Google turut mengatakan Pixel menyertakan kamera terbaik pada telefon pintar , menerima skor DxO paling tinggi buat masa ini untuk telefon pintar. 

Melengkapkan kamera peranti ini adalah sejumlah fungsi rakaman khusus, termasuk rakaman Burst, penstabilan imej optikal, dan juga HDR+. 

2

Pengguna yang mendapatkan telefon Pixel juga akan menerima storan tanpa had untuk Google Photos bagi menyimpan gambar pada resolusi penuh.

Telefon pintar ini hadir dengan penyertaan aplikasi Duo secara terbina. 

Google turut mengatakan telefon pintar ini hadir dengan sokongan Daydream.

Dari segi spesifikasi, Pixel hadir dengan dua pilihan saiz iaitu 5 inci dan juga 5.5 inci. 

3

Ia menggunakan cip Snapdragon 821, memori 4 GB RAM, sokongan pengimbas cap jari, kamera belakang 12.3 megapixel, ruangan storan dalam pilihan 32 GB atau 128 GB, dan menggunakan pengecas USB Type C. 

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET | Distributed By Gooyaabi Templates