Acer Swift 3 mula dijual di Malaysia
Model laptop ini ini dilengkapi skrin 14inci , pemproses Intel Core i5 , RAM sebesar 4 Gigabyte dan storan 256 Gigagyte SSD.
Bateri yang dibekalkan mampu memberikan waktu penggunaan sehingga 10 jam menurut Acer.
Kesemuanya dimuatkan ke dalam kerangka setebal 17.95 mm dan seberat 1.5 kilogram.
Selain daripada itu Swift 3 turut dilengkapi sistem imbasan cap jari terbina yang menyokong sistem Windows Hello.
Dua buah port USB A disertakan dan begitu juga dengan sebuah port USB C.
Bagi yang memerlukan output video, sebuah port HDMI terletak pada sisi kiri Swift 3.
Di Malaysia ia dijual dalam 3 warna pilihan iaitu perak ataupun emas.
Harganya alah RM2,899 .
0 comments:
Post a Comment