Thursday, September 1, 2016

ZTE Axon 7 dilancarkan Di Malaysia


Ia sebuah telefon yang menyokong dwi SIM ini membawakan pelbagai ciri-ciri menarik dan turut dikuasakan oleh cip pemproses terkini iaitu Snapdragon 820 empat-teras serta GPU Adreno 530. 

Untuk versi Malaysia , RAM yang ditawarkan ialah 4GB , dengan storan 64 GB yang boleh ditambah dengan kad Mikro SD sehingga 256 GB .

Dari segi saiz, ia membawakan paparan skrin 5.5 inci AMOLED dengan resolusi 2K 538 ppi. 


Dengan skrin 2K, ia turut menyokong rakaman video sehingga 4K.

Kamera utamanya menggunakan sensor pengimejan 20MP f/1.8 yang menyokong pemfokusan automatik PDAF serta mempunyai penstabil imej optikal (OIS).

Bagi kamera selfie hadapan, ia mempunyai sensor pengimejan 8MP f/2.2 dan boleh merakam video 
1080p.




ZTE Axon 7 yang beroperasi menggunakan Android Marshmallow akan mula dijual secara pra-tempah pada harga RM1,999 menerusi Lazada dan 30 pembeli terawal akan menerima peranti realiti maya ZTE VR.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates