Thursday, September 1, 2016

Xiaomi Mi Max yang bersaiz 6.44 inci mula dijual di Malaysia


Hari ini 1 September 2016 , Xiaomi Malaysia telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan iaitu Xiaomi Mi Max. 

Skrinnya bersaiz 6.44 inci.


Dari segi spesifikasi penuh, ia menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 650, memori 3GB RAM, ruangan storan 32 GB yang boleh diperluaskan menggunakan kad mikro SD, kamera belakang 16 megapixel, dan kamera hadapan 5 megapixel.

Peranti ini turut hadir dengan sokongan pengimbas cap jari, selain menawarkan sokongan dwi SIM .


Xiaomi Mi Max dijual pada harga RM999 di Malaysia.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates