Thursday, September 15, 2016

Uber mulakan operasi mereka di Kuching Sarawak


Bermula 4 September 2016, Uber telah menambah satu lagi bandar utama di Malaysia dibawah penawaran perkhidmatan mereka, iaitu Kuching, Sarawak. 

Penambahan ini turut menjadikan Kuching sebagai bandar kedua di Malaysia Timur , selepas diperkenalkan di Kota Kinabalu tidak lama sebelum ini.

Seperti dipelbagai lokasi lain, Uber di Kuching akan menerima pembayaran dalam bentuk kad kredit ataupun tunai. 


Buat masa ini, hanya UberX yang ditawarkan, dan mungkin diperluaskan dengan pelbagai penawaran lain pada masa akan datang.

Dari segi tambang, UberX di Kuching akan mengenakan tambang asas RM0.95, dan seterusnya ia akan dikira berdasarkan gabungan minit (RM0.25/seminit) dan juga RM0.50 (per/km).


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates