Thursday, September 15, 2016

Gunung Tahan kini Boleh dilihat menggunakan Google Street View


Sempena dengan Hari Malaysia, pihak Google turut menambah Gunung Tahan didalam koleksi Google Street View.

Gunung Tahan merupakan puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia dengan ketinggian 2,187 meter, dan merupakan antara gunung yang sukar didaki di rantau ini.

Perkara ini menjadikan penggunaan nama “Tahan” sendiri diertikan terhadap ketahanan mental dan fizikal para pendaki.


Untuk merakamkan gambar Google Street View di Gunung Tahan ini, Google menggunakan Street View Trekker, dan turut bekerjasama dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS).

Rakaman keseluruhan mengambil masa sekitar 9 hari dan Street View merakamkan perjalanan daripada Kuala Tahan ke Merapoh.

Untuk melihat Gunung Tahan melalui Google Street View , sila klik link dibawah :



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates