Thursday, September 1, 2016

Tablet Huawei MediaPad M3 diperkenalkan dengan skrin 2K


Huawei juga turut memperkenalkan satu lagi tablet terkini dibawah penawaran mereka yang memfokuskan kepada kemudahan pengguna menikmati multimedia melaluinya.

Dinamakan sebagai MediaPad M3, ia hadir dengan skrin 8.4 inci pada paparan resolusi 2K. 

Ini membolehkan anda menikmati pelbagai video dan gambar pada paparan yang jelas , apatah lagi dilengkapi dengan sokongan audio berteknologi Harman Kardon.


Menjana tablet ini adalah cip Kirin 950, kamera belakang 8 megapixel, kamera hadapan 8 megapixel, memori 4 GB RAM, dan ruangan storan sehingga 64 GB. 

Ia dilengkapi bateri berkapasiti 5100 mAh untuk masa penggunaan yang lama.

Huawei menyasarkan untuk memasarkan tablet ini disejumlah negara, termasuk Malaysia pada penghujung September 2016 atau Oktober 2016 ini.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates