Thursday, September 1, 2016

Sony Xperia X Compact turut dilancarkan


Sony merupakan antara pengeluar peranti mudah-alih berasaskan Android yang sering hadir dengan peranti bersaiz kompak, tetapi mengekalkan penawaran spesifikasi tinggi.

Terkini, bersempena dengan IFA 2016, Sony telah memperkenalkan Xperia X Compact yang meneruskannya, tetapi dengan sedikit perubahan.

Berbeza dengan sebelum-sebelum ini, Xperia X Compact bukanlah merupakan versi kompak untuk Xperia XZ, sebaliknya lebih kepada versi kompak siri-X sebelum ini.

Ia hadir dengan skrin 4.6-inci pada paparan 720p, dan dijana menggunakan cip Snapdragon 650.

Selain daripada itu, ia menawarkan sokongan seumpama Xperia XZ, iaitu menggunakan memori 3GB RAM, ruangan storan 32GB, kamera belakang 23-megapixel, dan pengecasan berasaskan USB-C.

Peranti ini turut menyertakan sokongan autofokus berasaskan lazer, selain sensor RGBC-IR yang merakamkan lebih banyak cahaya termasuk cahaya infra-merah.

Sony masih tidak memberikan sebarang harga untuknya lagi, dan menyasarkan untuk memasarkannya dalam bulan ini.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates