Saturday, September 3, 2016

Samsung Gear S3 telah dilancarkan secara rasmi


Samsung secara rasminya telah melancarkan Gear S3 dan ianya hadir didalam dua versi yang dikenali sebagai Gear S3 Classic dan Gear S3 Frontier.

Selain reka bentuk yang sedikit berlainan, Samsung Gear S3 juga lebih besar dengan diameter jam 46mm manakala saiz skrin adalah 1.3 inci.

Disebabkan ini Samsung telah memberikan pengesahan Gear S2 akan dijual ( untuk mereka yang lebih gemar menggunakan jam yang lebih kecil).

Samsung Gear S3 juga hadir dengan skrin paparan ‘Always On’ yang mampu memaparkan 16 juta warna jauh lebih baik berbanding Gear S2 yang hanya mampu mamaparkan 8 warna.

Selain itu, Gear S3 juga menyokong Samsung Pay dengan lebih menyeluruh iaitu menggunakan medium NFC dan MST ( S2 hanya menyokong pengunaan Samsung Pay melalui NFC) dan S3 juga kini menyokong fungsi LTE yang membolehkan anda membuat panggilan .


Kedua-dua Gear S3 juga adalah peranti yang tahan lasak dengan pensijilan IP68 dan skrin paparan jam pintar ini turut dilindungi oleh gelas Gorilla SR+ yang didakwa mempunyai ketahanan seperti gelas Sapphire.

Perbezaan antara versi Frontier dan versi Classic adalah Frontier merupakan jam yang lebih kepada kelasakan dengan tali getah sahaja dan ianya merupakan satu-satunya model yang turut mempunyai versi LTE ( Gear S3 Classic hanya hadir dalam versi Wi-Fi dan tali kulit).


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates