Saturday, September 3, 2016

Samsung Galaxy J7 Prime telah dilancarkan secara rasmi



Samsung secara rasminya telah mula menawarkan Galaxy J7 Prime dan pasaran pertama telefon pintar ini dilihat adalah di Vietnam.

Vietnam dikatakan pasaran pertama J7 Prime kerana telefon pintar ini telah disenaraikan di laman sesawang rasmi Samsung Veitnam.

Samsung Galaxy J7 Prime ini hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5 inci, pemproses octa-core berkelajuan 1.6G Hz, 3 GB RAM, 32 GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,300 mAh.





Ciri lainnya pula ialah , kamera belakang 13MP, kamera hadapan 8MP, WiFi b / G / N , Bluetooth 4.1, GPS, Glonass dan mempunyai ukuran dimensi 151.5 x 74.9 x 8.1 mm.


Galaxy J7 Prime ini dijual dengan harga sekitar RM1,156 .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates