Saturday, September 17, 2016

Samsung Galaxy S8 mungkin dilancarkan lebih awal iaitu awal 2017


Selepas tragedi buruk menimpa Samsung Galaxy Note 7, syarikat gergasi Korea ini harus tampil dengan sesuatu yang baru bagi menghilangkan kesan jangka masa panjang masalah bateri yang bermasalah ini.

Disebabkan ini Samsung dikatakan sedang merancang untuk membawa pelancaran Samsung Galaxy S8 lebih awal iaitu pada awal tahun 2017.

Khabar angin ini tidak memberikan sebarang tarikh spesifik akan bila Galaxy S8 akan dilancarkan namun ianya mungkin lebih awal berbanding Galaxy S7 yang dilancarkan tahun ini.


Selain itu, terdapat juga satu khabar angin yang mengatakan bahawa Samsung Galaxy S8 akan hadir didalam dua versi iaitu biasa dan versi Edge dengan nombor siri kedua model ini dikatakan SM-G950 dan SM-G955

Selain itu, seperti pada Galaxy Note7, Samsung mungkin akan memperkenalkan kedua-dua model Galaxy S8 ini dengan skrin paparan sisi dengan perbezaan utama adalah dari segi saiz skrin.

Kedua-dua model Galaxy S8 ini juga dilaporkan mempunyai kod nama Dream dan Dream2 bagi Galaxy S8 Edge.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates