Saturday, September 17, 2016

LG G5 mula dijual di Malaysia dengan harga RM2,699


LG G5 adalah satu telefon pintar modular yang sama seperti Google Ara dan sebagai permulaan ianya hadir dengan dua komponen modular yang dikenali sebagai LG Hi Cam Plus dan LG Hi-Fi Plus.

LG Hi Cam Plus adalah komponen yang membolehkan LG G5 mempunyai fungsi fotografi yang lebih baik dan ianya hadir dengan beberapa butang khas untuk zoom, pengambilan gambar dan juga satu bateri berkapasiti 1200 mAh.

Beralih kepada komponen modular kedua yang ditawarkan untuk LG G5 iaitu Hi-Fi Plus, ianya hadir dengan satu sistem audio yang telah dibangunkan dengan kerjasama B&O PLAY.


Beralih kepada spesifikasi yang dimiliki oleh LG G5 ini, ianya hadir dengan skrin paparan Quad HD IPS Quantum berukuran 5.3 inci dan juga hadir dengan ciri skrin sentiasa menyala .

Walaupun hadir dengan ciri skrin ‘always on’ ini, pengunaan bateri ciri ini adalah sangat efisen iaitu hanya 0.8% sejam.

Beralih kepada kamera, LG G5 hadir dengan kamera berkembar di belakang iaitu kamera 16 MP dan kamera 8 MP. 


Kamera 16 MP ini hadir dengan lensa lebar 75 darjah manakala kamera 8 MP pula mempunyai lensa lebar 135 darjah.

Selain itu, LG G5 ini juga hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 820, 4 GB RAM , 32 GB memori simpanan dalaman, sensor cap jari yang diletakkan di bahagian belakang dan bateri berkapasiti 2800 mAh.

Dengan setiap pembelian LG G5 ini, pengguna juga akan menerima satu set kit pengecasan bateri bernilai RM299 secara percuma.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates