Saturday, August 6, 2016

Vertu Aster Chevron yang merupakan gajet mewah kelas pertengahan dilancarkan


Vertu baru sahaja melancarkan Vertu Aster Chevron yang merupakan gajet mewah paling mampu milik yang dihasilkan oleh mereka pada harga RM16,920 .

Ia dilengkapi skrin 4.2″ IPS LCD, diperkasakan pemproses Snapdragon 801, RAM sebesar 2 Gigabyte dan storan 64 Gigabyte.

Kemampuan optik pula ialah kamera utama 13 Megapixel Hasselblad dan kamera selfie 2.1 Megapixel. 


Bateri pula sebesar 2275 mAh dengan sokongan pengecasan tanpa wayar Qi.

Bagi yang berminat mereka boleh memilih beberapa pilihan kemasan kulit dari haiwan eksotik seperti ular sawa.

Akhir sekali peranti ini masih menggunakan Android 5.1. 


Pada harga hampir mencecah RM 17000, ia kami katakan lebih mampu milik kerana pada kebiasaannya perantiVertu dijual pada harga RM 50,000 sebuah.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates