Saturday, August 6, 2016

Mufti Wilayah Persekutuan larang umat Islam di Malaysia main Pokemon Go kerana haram


Tarikh pelancaran Pokemon GO di Malaysia masih lagi samar tanpa sebarang maklumat dari Niantic. Sungguhpun begitu reaksi dari pelbagai pihak mengenai permainan memburu haiwan aneh digital ini sudah menjadi isu negara. 

Sebelum ini mufti Pulau Pinang menyarankan supaya fatwa dikeluarkan bagi mengharamkannya. Laporan polis juga sudah dikeluarkan kerana pelapor risau pemain Pokemon GO akan berubah menjadi kartun.

Terkini mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri mengumumkan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan menjatuhkan hukum haram untuk umat Islam memainkan aplikasi popular ini. 


Menurut beliau permainan ini boleh membawa kepada kemudaratan, perjudian serta mengiyakan kuasa dan dewa tertentu. Faktor-faktor ini menyebabkan ia haram dimainkan oleh umat Islam.



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates