Thursday, August 25, 2016

Pelanggan UMobile kini boleh nikmati streaming percuma beberapa media sosial


Syarikat telekomunikasi UMobile hari ini telah mengumumkan bahawa pelanggan mereka kini mampu menikmati penstriman video secara percuma di Netflix, Facebook Live dan Video di Twitter melalui perkhimatan Video-Onz yang diperkenalkan kira-kira 4 bulan lalu.

Dengan penambahan tiga rakan penstriman yang baru, pelanggan UMobile kini boleh menikmati video percuma tanpa sebarang caj data pada 21 rakan penstriman.

Dengan Netflix, UMobile kini menawarkan penstriman video percuma daripada penyedia internet TV terkemuka dunia selain Nextflix yang merupakan antara rakan penstriman terawal didalam perkhimatan Video-Onz ini.

UMobile dijangka akan mengadakan satu majlis pelancaran rasmi bersama-sama rakan penstriman baru ini bulan hadapan.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates