Thursday, August 25, 2016

LG V20 disahkan akan punyai 2 kamera


LG V20 akan dilancarkan secara rasmi pada 6 September 2016 nanti dan kini beberapa gambar paparan hadapan dan belakang telefon pintar ini telah dikeluarkan.

Sebelum ini Google telah mengesahkan bahawa LG V20 merupakan telefon pintar terbaru pertama untuk hadir dengan Android 7.0 Naugat dengan tempahan akan dibuka pada 14 September.


Berdasarkan gambar ini, boleh disahkan bahawa LG V20 akan memiliki teknologi kamera berkembar selain flash dwi-tona dan sensor capjari pada panel belakang.

Selain itu, pada bahagian hadapan pula, LG V20 dijangka akan memiliki dua skrin paparan ( satu skrin kecil pada bahagian atas) yang sama seperti LG V10.


LG V20 ini juga dijangka akan hadir dengan skrin paparan QHD berukuran 5.7-inci, pemproses Snapdragon 820, 4GB RAM dan UI berasaskan Android Naugat.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates