Wednesday, August 31, 2016

Lenovo Yoga Tab 3 Plus diperkenalkan


Lenovo Yoga Tab 3 Plus mempunyai rekaan seumpama beberapa tablet Lenovo lain , dimana menyertakan sebuah tetongkat tambahan bagi memudahkan pengguna menikmati kandungan dalam pelbagai mod berbeza.

Lenovo Yoga Tab 3 Plus ini hadir dengan skrin 10.1-inci pada paparan resolusi 2560×1600 pixel, dijana menggunakan cip Snapdragon 652, kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel. 

Tablet ini turut hadir dengan sokongan rangkaian 4G LTE, dan memori 3GB RAM, serta ruangan storan 32GB.

Lenovo memfokuskan tablet ini dalam memudahkan pengguna menikmati pelbagai kandungan melaluinya, termasuk untuk menonton video. 

Tablet ini menyertakan bateri berkapasiti 9300 mAh dan dikatakan menawarkan masa penggunaan selama 18 jam melaluinya.

Buat masa ini, harga jualan dan tarikh ia akan mula dijual masih menjadi tanda tanya lagi.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates