Tuesday, August 30, 2016

HTC One A9s akan diperkenalkan pada awal September 2016


HTC dijangka akan perkenalkan model terbaru mereka selepas model HTC One A9 yang telah memasukki pasaran sebeum ini.

Ia dikatakan bakal dikenali dengan nama HTC One A9s, dan membawakan rekaan yang lebih kurang sama seperti generasi sebelumnya. S

Spesifikasi penuh untuknya masih menjadi misteri, dan HTC dijangka akan memperkenalkannya pada 1 September 2016 ini.


Bagi yang tidak mengingati HTC One A9, ia merupakan salah satu peranti yang telah diperkenalkan pada tahun lepas, dan ketika pengenalannya, HTC menjanjikan kemaskini pantas Android untuknya.

Namun, HTC gagal untuk menawarkan kemaskini pantas untuknya, dan lebih tertumpu terhadap HTC 10 , melalui apa yang dikongsikan mereka baru-baru ini.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates