Saturday, August 6, 2016

Laptop nipis dan berkuasa mula dijual di Malaysia iaitu Asus Zenbook 3


Asus Malaysia telah mengumumkan laptop terrbaru yang telah diperkenalkan pada Computex yang lalu. 

Asus Zenbook 3 merupakan komputer riba yang lebih nipis berbanding Macbook dan kini berada di pasaran tempatan.

Asus Zenbook 3 dicipta bagi mereka yang inginkan komputer riba yang lebih ringan, namun pada masa yang sama tidak ingin berkompromi dalam soal prestasi. 


Ia mempunyai ketebalan sekitar 11.9-mm dan seberat 900 gram, lebih nipis dan lebih ringan dari MacBook.

Namun dari segi spesifikasi, ia menyertakan cip dan RAM yang jauh lebih berkuasa.

Bagi pasaran tempatan, hanya satu variasi tersedia iaitu Intel Core i7 dan juga RAM sebesar 16GB.

Storannya pula berasaskan SSD, dan mempunyai kapasiti sebesar 1TB.


Komputer riba yang nipis dan elegan ini akan dijual di pasaran tempatan pada harga RM7999 dan ditawarkan pada tiga warna berbeza iaitu warna biru, merah jambu emas dan juga kelabu.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates