Saturday, August 6, 2016

AsusTransformer 3 Pro mula dijual di Malaysia dengan harga RM 6999


Asus Transformer 3 Pro dicipta dengan bentuk dan sifat fizikal seakan-akan Surface 4. 

Malah ia juga mempunyai ‘kickstand’ nya yang tersendiri, membolehkan ia digunakan pada mod komputer riba.

Ia juga sesuai digunakan sebagai tablet dan turut hadir dengan stylusnya tersendiri. 


Dari segi spesifikasi , ia menyertakan USB-C dan Thunderbolt 3 dan menerusinya pengguna boleh menyambungkannya dengan pelbagai peranti lain, termasuklah paparan skrin bersaiz 4K.

Untuk pasaran Malaysia , Asus Transformer 3 Pro akan menyertakan cip pemprosesan Intel Core i7 6500U, RAM sebanyak 16GB 1866 MHz LPDDR3, dan storan 512GB. 


Ia akan dijual pada harga RM 6999 termasuklah dengan papan kekunci serta ASUS Pen yang boleh digunakan sebagai stylus.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates