Saturday, August 27, 2016

iPhone mungkin pada masa akan datang dilengkapi sensor untuk ambil gambar dan cap jari individu yang mencuri gajet berkenaan


Apple mungkin akan menjadikan fungsi menangkap gambar dan cap jari pencuri secara terbina pada iOS di masa hadapan. 

Ini adalah kerana mereka baru sahaja diberikan paten untuk sistem anti kecurian ini.

Paten difailkan pada April 2016 lalu dan dianugerahkan kepada mereka semalam.

Selepas gambar dan cap jari direkodkan ia akan disimpan di dalam peranti.

Ia kemudian akan dihantar ke storan awaman yang hanya boleh diakses oleh pemegang AppleID yang sah.

Mereka kemudian boleh menggunakan maklumat ini untuk mengheret pencuri ke muka keadilan.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates