Saturday, August 27, 2016

Apps Truecaller akan disertakan pada semua gajet Huawei selepas ini


Truecaller merupakan salah satu aplikasi yang membolehkan pengguna mengetahui siapakah pemanggil iaitu melalui integrasi data daripada beberapa sumber termasuk daripada para pengguna aplikasi berkenaan sendiri. 

Terkini, mereka mengumumkan kerjasama dengan Huawei dan bakal menyertakan aplikasi tersebut pada telefon pintar akan datang mereka.

Truecaller mempunyai peminatnya tersendiri memandangkan ia membolehkan pengguna mengenal-pasti pemanggil terutamanya pemanggil daripada tele-pemasaran, sekaligus mengelakkannya.

Namun, pihak Google sendiri telah mula mengintegrasikan fungsi seumpamanya pada Android, namun tidak semua pengeluar yang mengaktifkannya. 

Beberapa pengeluar turut mempunyai fungsi lebih kurang sama, dan salah satunya adalah Samsung.

Huawei dijangka akan mengintegrasikan Truecaller pada telefon pintar Huawei dan Honor mereka yang dipasarkan di beberapa rantau, termasuk rantau Asia Tenggara.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates