Sunday, July 31, 2016

Sharp Basio 2 dengan butang panggilan telefon fizikal diperkenalkan

Sejak berpindah ke peranti pintar dengan skrin sesentuh, keperluan untuk butang khas seperti pada feature phone adalah rendah. 

Tetapi di Sharp mereka merasakan rekaanretro masih harus dikembalikan.

Hasilnya ialah Sharp Basio 2, sebuah peranti Android 6.0 dengan butang panggilan telefon, home dan email fizikal pada bahagian dagu.

Ia turut dilengkapi skrin 5″ IGZO 720P, pemproses Snapdragon 617, RAM sebesar 2 Gigabyte dan storan 16 Gigabyte. 


Kamera utama sebesar 13 Megapixel terletak pada bahagian belakang dengan penutup dan butang kamera khas.

Ia turut mempunyai tahap ketahanan IP58 serta bateri sebesar 2810 mAh. 

Terdapat tiga pilihan warna iaitu biru, putih dan merah.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates