Sunday, July 31, 2016

Kyocera DuraForce Pro diperkenalkan


Kyocera DuraForce PRO mempunyai kelebihan kerana ia merupakan peranti tahan lasak pertama menggunakan sistem ini. Peranti ini kalis air dan debu. Ia dijangka memasuki pasaran Amerika Syarikat pada suku ke-empat. 

Spesifikasi yang diketahui setakat ini ialah dwi-kamera 13 Megapixel pada bahagian belakang dan 5 Megapixel pada bahagian hadapan. Bateri pula sebesar 3420 mAh dengan pengimbas cap jari pada bahagian sisi.


Sistem dwi-kamera ialah fungsi yang menjadi ikutan sekarang dengan LG G5 dan Huawei P9 menjadi dua peranti utama yang menggunakannya tahun ini. Sistem berbeza digunakan pada kedua-dua kamera.

Pada G5 dua lensa berbeza digunakan untuk mengambil gambar jauh dan dekat. Pada P9 lensa kedua dilengkapi sensor monokrom. Kyocera tidak mahu ketinggalan dan menerjah masuk ke area peranti dwi-kamera dengan DuraForce PRO.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates