Friday, November 6, 2015

Oppo R7 disahkan akan masuk pasaran Malaysia tidak lama lagi


Oppo Malaysia telah mengesahkan bahawa Oppo R7s yang dilancarkan baru-baru ini akan ditawarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi dan didalam dua warna iaitu warna emas dan warna popular dipasaran dunia telefon pintar iaitu warna emas ros.

Oppo R7s hadir dengan reka bentuk berasakan besi dan mempunyai 4GB RAM.

Dari segi spesifikasi Oppo R7s hadir dengan skrin paparan HD penuh AMOLED 2.5D berukuran 5.5-inci, pemproses Snapdragon 615 daripada Qualcomm, 4GB RAM dan 32GB memori simpanan dalaman.



Seperti yang dijanjikan, Oppo R7s juga hadir dengan kamera yang lebih baik berbanding Oppo R7 dan R7 Lite, model R7s ini dilengkapi dengan kamera utama 13MP dengan kamera selfie pula adalah 8MP.

Selain itu, Oppo R7s juga hadir dengan slot microSD, Android 5.1 Lollipop dengan ColorOS 2.1, bateri berkapasiti 3,070 mAh ( dengan teknologi pengecasan pantas VOOC ) dan mempunyai berat keseluruhan 155gram.

Oppo Malaysia tidak mendedahkan sebarang maklumat akan harga dan bila model ini akan mula dijual dipasaran tempatan.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates