Wednesday, September 23, 2015

Meizu Pro 5 dilancarkan secara rasmi

Meizu Pro 5 menjadi telefon pintar pertama mereka dibawah keluarga “Pro” – memberikan petanda yang mana ia membawakan penawaran premium dan spesifikasi yang tinggi.

Keluarga Pro merupakan keluarga peranti berbeza dengan MX dan Note sebelum ini , dimana ia memfokuskan bukan sahaja kepada spesifikasi, tetapi pelbagai perhatian turut diberikan kepada rekaan peranti dibawah keluarga Pro, termasuk pemilihan bahan yang digunakan untuk binaannya.

Meizu Pro 5 dilengkapi dengan sokongan dwi-SIM 4G LTE. .

Dengan penggunaan rangkaian 4G LTE, ia membolehkan pengguna menikmati kadar muat-turun sehingga 300Mbps.

Meizu turut menekankan, mengatakan kualiti panggilan menggunakan Meizu Pro 5 lebih pantas dan jelas berbanding kebiasaan.

Meizu Pro 5 menggunakan cip berasaskan rekaan 14nm daripada Samsung, yang menawarkan kuasa pemprosesan lapan-teras 2.1Ghz.

Meizu mengatakan cip ini berkali ganda berbanding dengan Snapdragon 810, disamping pada masa yang sama menjimatkan penggunaan tenaga bateri.


Meizu Pro 5 menggunakan storan berasaskan UFS 2.0 yang menawarkan kadar bacaan dan simpanan sehingga 4 kali berbanding kebiasaan.

Untuk memori, Meizu Pro 5 menggunakan memori dalam pilihan 4GB RAM dan juga 3GB RAM.

Dengan penggunaan pelbagai spesifikasi terkini, dan seumpama apa yang ditawarkan pada Galaxy S6 sebelum ini.

Meizu menggunakan bateri berkapasiti 3050mAh, dan dioptimasikan sepenuhnya untuk penjimatan tenaga. 


Untuk tujuan pengecasan, ia menggunakan pengecas berasaskan USB Type-C, dan pengguna boleh mengecas sehingga 65% dalam masa kurang 30 minit.

Meizu Pro 5 akan mula dijual di China bermula Oktober 2015 ini, dimana ia membawakan harga jualan bermula sekitar RM1908.

Beberapa variasi penawaran disediakan, termasuk bundle dengan speaker Harmon Kardon.

Tarikh jualan pasti untuk Malaysia masih tidak diketahui buat masa ini.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates