Wednesday, September 23, 2015

Huawei Honor 7 dengan kamera 20 MP mula dijual di Malaysia


Telefon pintar terbaru dibawah siri Honor iaitu Honor 7 yang dilancarkan baru-baru ini kini secara rasminya telah dilancarkan di Malaysia

Huawei Honor 7 hadir dengan reka bentuk berasaskan aluminium aloi pada bahagian hadapan dan belakang dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.2-inci yang merupakan skrin paparan yang sama seperti yang dimiliki oleh Huawei P8.

Selain itu, Huawei mengekalkan pengunaan pemproses keluaranya sendiri pada Honor 7 iaitu pemproses 64-bit Kirin 935 yang turut disertakan dengan 3GB RAM. 

Huawei Honor 7 hadir dengan 16GB memori simpanan dalam dalaman dan masih mempunyai slot microSD yang menyokong tambahan 128GB memori.

Honor 7 merupakan peranti yang menyokong dwi-SIM 4G LTE dan slot SIM kedua juga mampu beroperasi sebagai slot microSD.


Selain itu, bahagian kamera Honor 7 juga diberikan pemfokusan yang lebih. 

Ianya hadir dengan unit kamera 20MP f/2.0 Sony IMX230 sensro Exmor RS yang turut dilengkapi pemfokusan auto ‘phase detection’ manakala kamera hadapan adalah 8MP f/2.4 dengan lampu flash hadapan.

Huawei Honor 7 juga hadir dengan sensor pengesan capjari generasi terbaru yang mampu memberikan anda akses kepada telefon pintar didalam masa 0.5 saat. 

Sensor ini diletakkan pada bahagian belakang yang sama seperti pada Huawei Ascend Mate 7.



Huawei Honor 7 juga mempunyai bateri berkapasiti 3,100mAh dengan teknologi pengecasan pantas turut disertakan. Pengguna boleh mengecas bateri Honor 7 ini sehingga tahap 50% didalam masa hanya 30 minit.

Huawei Honor 7 dengan sistem operasi Android 5.0 Lollipop ini dijangka akan mempunyai harga penjualan yang bermula dari RM 1399 dan akan tempahan dibukan sekarang melalui stor atas talian www.vmall.my .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates