Sunday, January 8, 2017

Casio perlihatkan jam tangan pintar mereka yang gunakan Android Wear 2.0


Casio telah memperlihatkan jam tangan pintar terbaru mereka dibawah jenama Pro Trek, iaitu Casio WSD-F20 yang menjalankan Android Wear 2.0.

Jam tangan pintar ini hadir dengan rekaan tahan lasak, dilengkapi dengan sokongan kalis air.

Ia menyertakan tiga butang pada bahagian tepi untuk memudahkan beberapa perkara, selain sokongan skrin sentuh untuk mengawal dan mengakses beberapa fungsi. 


Casio turut melengkapkan jam tangan pintar ini dengan sokongan peta luar-talian, selain penggunaan GPS pada tenaga rendah.

Disamping itu, menariknya jam tangan pintar ini turut dilengkapi dengan Android Wear 2.0.

Salah satu kelebihan padanya adalah kebolehan untuk memuat-turun aplikasi daripada Google Play Store tanpa memerlukan sebarang peranti berhubung kepadanya seperti pada hari ini.


Casio menyasarkan untuk memasarkan produk baru ini sekitar bulan April 2017 ini.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates