Samsung Galaxy S7 Edge warna “Jet Black” akan dilancarkan pada Disember 2016
Untuk memenuhi permintaan pengguna, warna baru Coral Blue telah dilancarkan bulan lepas untuk model ini .
Kini kedengaran ura-ura Galaxy S7 Edge di Korea Selatan bakal dilancarkan bulan hadapan dengan pilihan warna baru “Black Onyx” seakan Jet Black pada Apple iPhone 7.
Warna Black Onyx yang ditawarkan sekarang tidak berkilat.
Dengan pelancaran model dengan warna “Glossy Black” ini, peranti akan kelihatan lebih berkilat.
Tidak diketahui sama ada model dengan warna baru ini turut akan dilancarkan untuk pasaran global.
Sekiranya ya diharap Samsung tidak mengulangi kesilapan Apple yang memberikan kemasan Jet Black yang mudah tercalar.
0 comments:
Post a Comment