Tuesday, November 29, 2016

Oppo Find 9 dikhabar akan guna prosesor Snapdragon 835


Oppo Find 9 telah dinantikan untuk sekian lama.

Ia telah diperkatakan beberapa kali sebelum ini, dan masih belum hadir sehingga ke hari ini.

Beberapa wakil Oppo, mereka mengatakan Oppo ingin hadir dengan sesuatu yang mengujakan bagi pengguna , membuatkan pelbagai penangguhan dilakukan oleh pengeluar popular dari China berkenaan.

Terkini, desas-desus baru hadir mengatakan Oppo Find 9 kelak akan hadir menggunakan cip Snapdragon terbaru, iaitu Snapdragon 835.

Sekiranya perkara ini benar, kita mungkin akan melihatnya sekitar suku pertama 2017 kelak.


Oppo sendiri pada acara MWC 2016 lepas telah memperlihatkan teknologi pengecasan pantas mereka, selain sokongan kamera yang baik.

Kedua-duanya ketika itu dikategorikan sebagai masih dalam pembangunan, dan ia belum digunakan oleh sebarang peranti sehingga ke hari ini.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates