Microsoft Minecraft Education Edition kini boleh digunakan oleh rakyat Malaysia
Microsoft Minecraft Education Edition telah pun dilancarkan untuk pengguna di rantau Asia Pasifik, termasuk di Malaysia.
Minecraft: Education Edition adalah permainan berbentuk dunia terbuka dan direkabentuk dalam mengalakkan budaya kreativiti dan juga kolaborasi dalam bilik darjah.
Pengenalan versi penuh Minecraft: Education Edition turut hadir dengan sebuah aplikasi pelengkap untuk tenaga pengajar, dinamakan sebagai Classroom Mode.
Melaluinya, mereka boleh menguruskan tetapan dunia terbuka berkenaan, berkomunikasi dengan para pelajar, serta membuat beberapa perkara lain.
Pihak Microsoft turut mengatakan, penggunaan Minecraft: Education Edition dalam bilik darjah turut membuatkan para pelajar lebih bermotivasi untuk belajar, yakin, dan berkolaborasi dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Minecraft: Education Edition kini boleh didapatkan oleh sekolah dan universiti seluruh negara pada dengan harga RM5 seorang untuk kegunaan setahun.
Saksikan video dibawah untuk lebih pemahaman berkaitan Microsoft Minecraft Education Edition .
0 comments:
Post a Comment