HTC Bolt diperkenalkan secara rasmi
HTC Bolt hadir dengan skrin bersaiz 5.5 inci dengan paparan Quad HD, menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 810, dan memori 3 GB RAM.
Pada bahagian kamera pula, ia menggunakan kamera belakang 16 megapixel dan kamera hadapan 8 megapixel.
Melengkapkan peranti ini pula adalah bateri 3200 mAh dengan sokongan QuickCharge 2.0.
Dari segi rekaan, ia menggunakan binaan berasaskan logam, dilengkapi port USB-C, serta tidak lagi menyertakan bicu audio 3.5 mm.
Peranti ini turut menyertakan sokongan kalis air , lebih kurang seperti keluarga Butterfly daripada HTC.
HTC Bolt juga dilengkapi sistem operasi Android 7.0 dengan antaramuka HTC Sense.
Ia hanya akan dipasarkan di Amerika Syarikat sahaja buat masa ini .
HTC Bolt juga dilengkapi sistem operasi Android 7.0 dengan antaramuka HTC Sense.
Ia hanya akan dipasarkan di Amerika Syarikat sahaja buat masa ini .
0 comments:
Post a Comment