Xiaomi Mi MIX dengan skrin hebat dan futuristik akan dilancarkan
Xiaomi telah memperkenalkan telefon pintar konsep Mi MIX dan lebih mengejutkan apabila Xiaomi telah mengumumkan bahawa telefon pintar ini akan menjadi realiti dan akan dikilangkan tidak lama lagi.
Xiaomi Mi MIX adalah telefon pintar yang akan memiliki skrin paparan tanpa sisi berukuran 6.4 inci dengan nisbah skrin kepada rangka adalah 91.3% dan nisbah ini adalah yang tertinggi pada mana-mana telefon pintar dipasaran
Xiaomi Mi MIX huga hadir dengan reka bentuk berasaskan seramik sepenuhnya dan tahap ketahanan 8 MoHs.
Mi MIX juga hadir dengan teknologi pembesar suara ‘Cantilever piezoelectric ceramic acoustic’ yang menggantikan pembesar suara biasa.
Spesifikasi lain yang dimiliki Mi MIX adalah pemproses Snapdragon 821, 4GB RAM LPDDR4 + 128GB memori simpanan dalaman UFS 2.0 manakala versi dengan emas 18 karat akan hadir dengan 6 GB RAM dan 256 GB memori simpanan dalaman.
Selain itu, Mi MIX akan turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4,400mAh dengan sokongan Quick Charge 3.0 , kamera 16 MP dengan PDAF, GPS berketepatan tinggi, kamera hadapan 5 MP yang kompak iaitu 50% lebih kecil berbanding modul kamera tradisional dan tidak lupa sistem operasi MIUI 8.
Harga penjualan Mi MIX adalah seperti berikut :
- Mi MIX 4GB + 128 GB RM 2,145
- Mi MIX 6GB + 256 GB 18-karat RM2,452





0 comments:
Post a Comment