Saturday, October 1, 2016

Samsung Galaxy S8 dikatakan akan gunakan prosesor Exynos 8895


Samsung Galaxy S8 dilaporkan akan yang hadir dengan pemproses Exynos 8895 yang kini sedang dibangunkan.

Walaupun sebelum ini terdapat khabar angin yang mengatakan pemproses Exynos ini akan digunakan pada Galaxy S8, kini terdapat maklumat GPU mengenai pemproses Exynos 8895 ini diketahui.

Ianya dijangka akan hadir dengan GPU Mali-G71 yang merupakan pengganti kepada Mali-T880 yang digunakan pada Exynos 8890.

GPU ini menggunakan arkitektur Bifrost ARM yang memfokuskan kepada kandungan 4K dan pengalaman VR sekaligus memberikan kemungkinan Samsung Galaxy S8 hadir dengan skrin paparan UHD.


Selain itu, Mali G71 ini juga didakwan 1.8 kali lebih pantas berbanding Mali-T880 yang digunakan pada Galaxy S7 dan S7 Edge.

Seperti Galaxy S7 dan S7 Edge, S8 dan S8 Edge dijangka akan hadir didalam satu lagi jenis pemproses daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 830 namun ianya akan ditawarkan mengikut pasaran.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates