Friday, October 28, 2016

Oukitel K7000 dengan bateri tambahan 7000 mAh mula dijual di Malaysia

0

Oukitel K7000 hadir dengan bateri terbina 2000 mAh tetapi turut hadir dengan penambahan sebuah kerangka tambahan dengan integrasi bateri yang dinamakan Matrix dan menawarkan kapasiti 5000 mAh.

Secara keseluruhan, apabila digunakan bersama, ia menawarkan jumlah kapasiti penggunaan sehingga 7000 mAh, wow!

Tidak pula diketahui berapa lama bateri berkapasiti 7000 mAh ini mampu bertahan.

Hal ini kerana ia juga turut bergantung kepada pengoptimasian perisian yang dibawakan oleh peranti berkenaan.

Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan skrin 5 inci pada resolusi HD, cip MediaTek MT 6737, memori 2 GB RAM dan ruangan storan 16 GB. 


2

Ia turut menyertakan kamera belakang 13 megapixel, dan kamera hadapan 5 megapixel.
Model ini turut dilengkapi pengimbas cap jari pada bahagian belakang .

Dan yang paling penting ialah model ini mempunyai harga mampu milik!

Di Malaysia model ini dijual pada harga cuma RM499 .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET | Distributed By Gooyaabi Templates