Wednesday, October 5, 2016

JAIS lancarkan apps yang diberi nama 'Amar' untuk melaporkan jenayah syariah di Selangor


Di Selangor kini wujud aplikasi Amar yang dilancarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor bagi melaporkan pelbagai jenayah syariah menerusi peranti pintar.

Menerusi aplikasi ini jenayah maksiat dan ajaran sesat dapat dilaporkan kepada pihak JAIS. 

Pada waktu yang sama maklumat mengenai undang-undang syariah, lokasi masjid terdekat, pejabat JAIS dan berita terkini turut dapat diakses oleh pengguna. 


Apa yang dilakukan JAIS ini selari dengan apa yang dilakukan oleh beberapa agensi kerajaan lain yang membenarkan laporan dari orang awam menggunakan aplikasi pintar.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates