Monday, October 10, 2016

Game Dan The Man dengan konsep retro diperkenalkan

1

Bagi anda yang pernah memainkan permainan pada konsol lama, mungkin ingat akan permainan seperti Contra, Metal Slug dan sebagainya yang membawakan bentuk permainan yang bergerak ke kanan, dan pada masa yang sama pengguna menembak dan menyelesaikan pelbagai misi.

Dengan konsep yang serupa, kini Half Brick yang popular dengan permainan Fruit Ninja, hadir dengan sebuah permainan baru yang dinamakan Dan The Man.

Dan The Man membawakan permainan berbentuk side-scrolling, dan pengguna perlu menewaskan seberapa banyak musuh dan mengumpulkan ganjaran yang boleh.

Ia hadir dengan beberapa mod permainan, termasuk Story Mode, dan Survival.

Permainan ini ditawarkan secara percuma untuk semua pengguna peranti Android dan iOS.

Seperti biasa, ia hadir dengan sokongan pembelian dalam-aplikasi yang membuang iklan dan menawarkan beberapa watak premium.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET | Distributed By Gooyaabi Templates