BlackBerry DTEK50 mula dijual di Malaysia
Blackberry DTEK50 mula dijual di Malaysia melalui 11Street dengan stok bagi telefon pintar ini dijangka mula diedarkan kepada pembeli mulai 30 September 2016 iaitu semalam .
Spesifikasinya ialah dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.2 inci, pemproses Snapdragon 617 daripada Qualcomm, 3GB RAM dan 16 GB ROM (slot microSD mampu menyokong tambahan memori maksima 2 TB).
BlackBerry DTEK50 ini juga memiliki kamera belakang 13 MP yang mempunyai pemfokusan PDAF dan flash LED dwi tona, kamera hadapan 8 MP (turut memiliki flash LED), bateri berkapasiti 2610 mAh dengan pengecasan pantas QuickCharge 2.0, 4G LTE, Bluetooth 4.2 dan NFC.
Tempahan untuk Blackberry DTEK50 kini sudah dibuka di 11Street dan ianya hadir dengan jaminan rasmi satu tahun daripada BlackBerry Malaysia.
Telefon pintar BlackBerry yang berasaskan sistem operasi Android ini hadir dengan harga penjualan RM 1,339 .



0 comments:
Post a Comment