Aplikasi YouTube Go dilancarkan
YouTube secara rasminya telah mengumumkan satu aplikasi baru yang dikenali sebagai YouTube Go dan aplikasi ini membolehkan pengguna memuaturun kandungan didalam YouTube untuk tontonan secara “offline”.
Aplikasi ini pada permulaanya akan ditawarkan di pasaran India dimana akses kepada data adalah terhad dan penawaran aplikasi YouTube Go ini sudah pastinya membantu rakyat India menikmati lebih banyak kandungan media di YouTube.
YouTube Go ini membolehkan anda memilih untuk menyimpan atau memuaturun video YouTube pilihan anda dengan kebebesan diberikan kepada anda untuk memilih kualiti video tersebut ( kualiti yang rendah mempunyai saiz video yang lebih kecil).
Buat masa ini YouTube Go hanya disahkan akan ditawarkan di India ( masih belum di tawarkan lagi) namun YouTube telah mengesahkan ianya mempunyai perancangan untuk menawarkan aplikasi ini ke semua pasaran.
Antara ciri yang turut akan ditawarkan oleh YouTube Go ini ialah perkongsian video ini kepada rakan anda melalui sambungan Bluetooth.



0 comments:
Post a Comment