Thursday, September 15, 2016

Xiaomi Redmi 3S akan dijual di Malaysia dengan harga RM599


Xiaomi Redmi 3S dilancarkan di Malaysia hari ini iaitu 15 September 2016 .

Ia akan dijual melalui pengedar ERA International Network dan juga Lazada.

Xiaomi Redmi 3S merupakan peranti berspesifikasi pertengahan, hadir dengan skrin 5-inci dengan paparan HD, cip Snapdragon 430, dan sokongan rangkaian 4G LTE.


Kamera belakang 13-megapixel PDAF dan turut meletakkan pengimbas cap jari pada bahagian belakang.

Xiaomi Redmi 3S ini akan ditawarkan dalam dua variasi di Malaysia, iaitu versi 2 GB RAM dengan 16 GB storan pada harga RM599


Versi 3 GB RAM dengan 32 GB storan pula dijual dengan harga RM699.

Phone ini akan mula dijual di Malaysia bermula pada 24 September 2016 .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates