Thursday, September 29, 2016

Xiaomi Mi 5S Plus turut dilancarkan


Selain pengenalan model Xiaomi Mi 5s, Xiaomi turut memperkenalkan satu lagi variasi telefon pintar mereka yang mana hadir dengan rekaan bersaiz sedikit besar dan beberapa ciri-ciri tambahan iaitu Xiaomi Mi 5S Plus.

Xiaomi Mi 5S Plus juga menggunakan cip Snapdragon 821 dan turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari ultrasonik.

Namun, untuk rakaman gambar belakang, ia sedikit berbeza dan menyertakan dwi kamera belakang yang disusun secara menegak.

Untuk rakaman gambar, ia menyertakan kamera 13-megapixel + 13-megapixel pada bahagian belakang.

Ia menggunakan konsep seumpama Huawei, dimana satu lensa digunakan untuk rakaman gambar dalam bentuk RGB, sementara satu lagi dalam bentuk monokrom. 


Telefon pintar ini juga turut menggunakan pengimbas cap jari pada bahagian belakang , berbeza dengan model utama mereka.

Dari segi saiz, Xiaomi Mi 5S Plus menggunakan skrin bersaiz 5.7 inci, dan menguasakan peranti ini adalah memori dalam pilihan 4GB RAM ataupun 6GB RAM, dan ruangan storan sehingga 128GB.

Dari segi harga, Xiaomi Mi 5S Plus ini ditawarkan pada harga bermula RM,1421) untuk model 4 GB RAM, dan RM1,605) untuk model 6GB RAM.

Seperti biasa, ia akan dijual di China terlebih dahulu, dan mungkin mengambil masa berbulan-bulan sebelum ia dilancarkan untuk pasaran Malaysia .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates