Tuesday, September 13, 2016

WhatsApp Beta tambah fungsi pengguna boleh lukis dan tambah sticker


WhatsApp Beta untuk Android sedang menguji fungsi pengguna boleh menyunting gambar .

Melalui sokongan suntingan yang hadir terbina ini, ia membolehkan pengguna menambah emoji dalam bentuk sticker di atas gambar yang ingin dikongsikan, selain turut menambah teks dan juga membuat lakaran diatas gambar.

Fungsi ini boleh dikatakan seumpama pada Snapchat, tetapi diimplementasikan oleh WhatsApp untuk perkhidmatan permesejan mereka.

Buat masa ini, fungsi ini masih pada peringkat ujian beta lagi, dan mungkin kita akan melihatnya hadir ke WhatsApp versi stabil tidak lama lagi.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates