Saturday, September 3, 2016

Tidak lama lagi pemain Pokemon Go boleh tetapkan Pokemon yang mereka suka


Pihak Niantic nampaknya sedang berusaha keras dalam memperkenalkan pelbagai beberapa perkara baru dalam permainan berkenaan bagi mengekalkan minat pengguna terhadap permainan berkenaan, 

Kini salah satu fungsi baru yang akan datang adalah Buddy Pokemon.

Melalui fungsi ini, pengguna boleh menetapkan Pokemon kegemaran , sekaligus ia akan hadir dan dipaparkan pada bahagian profil dan avatar pengguna.

Selain hanya pada paparan, melalui penggunaan Buddy Pokemon juga, ia akan menawarkan beberapa bonus berbeza kepada pengguna, dan beberapa ganjaran khusus dalam permainan.

Fungsi baru ini akan diperkenalkan melalui kemaskini Pokemon Go akan datang untuk iOS dan juga Android.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates