Saturday, September 3, 2016

Syarikat pembuat game Pokemon GO untung RM1.8 bilion dalam masa 2 bulan


Aplikasi permainan Pokemon Go amat popular dikalangan pengguna telefon pintar iOS mahupun Android dan buktinya adalah pencapaian luar biasa syarikat ini yang telah berjaya memperoleh pendapatan kasar RM1.8 bilion sejak pelancaran pada Julai 2016 lalu.

Ini meletakkan Pokemon Go sebagai aplikasi dengan pendapatan terbanyak bagi tahun ini.

Syarikat penganalasia aplikasi terkenal, Sensor Tower berkata aplikasi Pokemon GO yang dimiliki oleh Niantic ini juga dilaporkan memperoleh pendapatan bersih $308 juta.

Walaupun tidak disenaraikan sebagai Aplikasi No.1 di kebanyakkan negara, Niantic masih berjaya memperoleh USD4 juta keuntungan bersih setiap hari melalui Pokemon GO.



Walaupun ramai mengatakan bahawa kegilaan Pokemon Go sudah berakhir, harus kita ingat bahawa penjualan ini dicapai sebelum Pokemon GO dilancarkan dipasaran China dan India yang merupakan dua pasaran telefon pintar terbesar didunia.

Sehingga kini sebanyak 180 juta muat turun telah direkodkan di Google Play dan Apple App Store dan jumlah ini dijangka akan meningkat , apabila Pokemon GO memasuki pasaran India dan China


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates